Wednesday 24 October 2012

Hari Arafah .

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Assalamualaikum ! Hmm , sedar tak sedar kita sudah hampir untuk menyambut Hari Raya Aidiladha + ibadah korban bagi tahun ni . Kejap je masa berlalu kan ? Kemungkinan besar , sepupu CikNin , 'Azmina yang tinggal dekat Perlis tak balik raya ni . Huu . Al - maklum sajalah , nak SPM katakan . Tinggal berapa belas hari je lagi ni . CikNin pun tumpang berdebar dengan risau dengan dia . Heh . Lagipun cuti raya Haji ni bukan lama sangat pun . My encik hulubalang , Abang Muzakkir pun baru je bertolak lepas Maghrib tadi . Tak sabo jumpanya nanti . Heh . Lama kot tak bertentang mata . Hehe . ;) Haa , dengar kata pulak kawan dia nak tumpang bermalam kat rumah malam ni sementara tunggu esok . Kenapa entah , tak tahu . Tak faham jalan cerita yang telah diceritakan Umi pasal kawan Abang petang tadi , akibat kepala tengah NANO  - NANO *bukan awan nano* (mamai la tu) baru bangun tidur. Haish , tak taulah macam mana . Ni pun dah kena kemas bilik Abang dan bilik air . =,='

Hari ni , CikNin agak penat sedikit . . . Pagi tadi CikNin pergi menyambung latihan memandu yang terbengkalai dan lesen memandu yang masih tak siap itu . Hee . Lembab betullah mak cik ni sorang kan ? Alhamdulillah , latihan hari tersangat okey ! Best kot bawak kereta ! Rasa macam nak cepat - cepat dapat lesen je . Muahaha . Berangan je lebih . :P

Petang tadi pulak , pergi jumpa doktor gigi , ada temujanji berkenaan Upper Removable Appliance (URA) *benda ni macam braces , nanti CikNin cerita lain kali .* Dr . Nadiah buat pemeriksaan , tengok keadaan gigi serta URA CikNin ni , dah lama tak periksa sejak CikNin sambung belajar . Tak lama mana pun temujanji tadi , sebab semuanya dalam keadaan baik . Alhamdulillah . :D

Lepas itu , CikNin pergi melepak kejap dekat KK Square depan Hospital Kubang Kerian itu , pergi Secret Recipe , beli kek Creme Brule sementara tunggu Abah pergi bank . Hehe . Balik - balik tidur ! Penat !

Oh ye , kelmarin CikNin pergi melawat sekolah Puteri tercinta . Alang - alang kelmarin tak hujan . Faisal dan Amin menjadi bodyguards . Heh . Maksud bodyguards tu teman lah tu . Hehe . Sebelum pergi sekolah tu , CikNin singgah sekejap dekat pejabat pos dekat Kompleks Sekolah tu . Yelah , nak memperbaharui lesen L CikNin yang dah tamat tempoh tu . Huu . Ramai jugak pagi - pagi pun . Ingatkan tak ramai orang sangat .

Bodyguards yang tak bergaji . . . Heh .

Melepak dekat sekolah , macam biasa jumpa cikgu - cikgi , geng 5 Cekal dulu serta adik - adikku sekalian . Diorang dah nak exam , SPM dengan STPM . Tarikh keramat 5 November ini permulaannya . Chaiyokk guys ! Memang tak boleh blah lah kalau jumpa geng 5 Cekal , ada je benda yang nak dibualkan serta yang dirancang . Jumpa Amer , Adha , Alham , Amir Asyraf , Illyana dan Istiqamah . Superb ! ;D Paling best , jumpa dan lepak dengan cikgu Perdagangan CikNin dulu , Cikgu Faizal . Sakan berbual dengan dia . Kebetulan pulak dia tengah bagi tazkirah + ceramah buat adik - adikku yang lemah dalam subjek dia tu . Tak pasal - pasal CikNin , Faisal dengan Amer terlibat sama . Heh . Cikgu - cikgu . CikNin dulu pun markah untuk subjek Perdagangan cukup - cukup melepasi tahap stabil . Dahlah stabil , statik je markah tu selama dua tahun . Heh . Tapi , SPM dapat keputusan yang cukup menggembirakan hati cikgu , dan of course lah CikNin sendiri . Heee .

Hati CikNin kembang kuncup je semalam sebab dapat jumpa dengan my cute little sister ! Hehe . Haira Yaya . Adik angkatlah kiranya . Heh . Cute Yaya ni , baik , dan manis orangnya ! Dia nampak je CikNin semalam , terus senyum dari jauh . Jumpa depan mata , terus salam . Wahh , sweet sangat Yaya yang cute nih ! CikNin sempat berbual dengan Yaya sebelum balik . Memang comel dan manislah adik CikNin ni . Hehe . To Amer , take a good care of my little sister ni ye . . .  I trust you . Heh . Apa - apa nanti CikNin cari Amer ! Heh . *ugut*

Esok , dah hari Arafah . Jumaat ni dah Hari Raya Haji . Hari Arafah disunatkan untuk berpuasa . Puasa jomm ? Alaa , Maghrib kan awal sekarang . Takde masalahnya kan . ;)

“Puasa itu (puasa hari Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”

(HR Muslim)


Bila agaknya kita boleh pergi Makkah eh ? Insya - Allah , ada rezeki nanti kan ? Impian CikNin , memang nak bawak Abah dan Umi pergi menunaikan haji dan umrah . Kalau boleh nak pergi satu keluarga . Mesti seronok kan ? Insya - Allah . Ameen . :) Doakan buat umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah haji ye . Semoga mendapat Haji yang Mabrur . :D



No comments:

Post a Comment