Friday 30 March 2012

Pecah Kaca, Pecah Gelas ...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum! Kelmarin, dah macam hari bersejarah pulak buat CikNin dengan rakan rakan kat Puteri tuh. :) Sebabnya, kelmarin ada Hari PIBG dengan Anugerah Kecemerlangan. So, kelmarin CikNin, Da, Istiqamah, Fatin dan budak budak lain datang sekolah untuk majlis tu. Alhamdulillah, rezeki kami. :DD

Datang sekolah punyalah awal sebab ingat majlis mula pukul 2 petang. Tapi, pukul 3 petang, majlis tak start lagi. Penat gila menunggu 'Orang Besar' sampai. =,=' CikNin ni dahlah cerewet sikit kalau bab bab menunggu lama ni. Kalau tak lama sangat tu, bolehlah consider sikit. Nasib baik, persembahan nasyid pembukaan tu best. Baru bersemangat sikit nak duduk tercongok dengar orang berucap lepas tu. Orang kata, bagi up sikit level semangat tu. Hehe. *betul tak senonoh punya budak!

Lama tak lama majlis kelmarin, ada lah dekat 5.30 petang acara Anugerah Kecemerlangan tu baru bermula. Lama gila! Bayangkanlah ! Semua macam dah letih, lesu serta tak bermaya! *macam iklan TV la pulak. Hee ;) Mana taknya, dari pukul berapa lagi tunggu, semangat pun dah nak habis limit je gayanya. Huu.

Selesai je acara Anugerah tu, terus kitorang CABUTTTTT !!!!! Haha, betul punya tak senonoh. Ramai je pun yang balik lepas acara tu. Bukan kitorang je. Hehee. *buat muka suci tak bersalah. Penat weh, nak tunggu apa lagi kan? Dah datang memang untuk tu je pun. Muahaha *gelak jahat. ;D Dah lewat lorr, Asar belum lagi tu.

Lepas salam dengan diorang semua, terus cari Abah. Lepas tu, lepak kat kedai ABC kejap. Abah cakap dia teringin nak makan. :)

Balik rumah, mandi dan solat. Lepak dalam bilik sebelum Maghrib masuk. Dalam tengah berangan tu, *gaya cakap macam apa entah =,=' tetiba pulak terfikir nak ubah kedudukan barang dalam bilik tuh.

Then, lepas Maghrib, misi bermula!!! *gaya macam buat misi ketenteraan je kan? Dengan tenaga tulang empat kerat, walaupun badan cekeding macam cicak kubing ni, CikNin dapat ubah kedudukan katil, ubah kedudukan meja solek. *proud of myself! Sensorang tuu... Jangan pandang orang takde mata tau.. Heh! *buat gaya kerek sikit!

Duk tengah syok syok alih kedudukan barang tu, tanpa kuduga dan tak kusangka, sebiji gelas kaca terjatuh dari meja solekku... Pecah berderai, seperti kaca terjatuh di atas batu... Terkejut, terkesima, terkedu seketika CikNin dibuatnya! Dalam mengalami segala perasaan 'TER' tadi tu, boleh pulak CikNin TERpijak serpihan kaca tuh! Aiseymen, nasib baik terpijak serpihan yang kecik ciput je... Tu pun dah luka berdarah bagai kakiku ini. Kalau terpijak serpihan yang besar gedabak tu? Tak ke free free je CikNin daftar masuk hospital... Nauzubillah!

So, CikNin bersihkan kaca kaca sebersih bersihnya itu. Kang tak pasal pasal benda lain pulak yang jadi. Itulah CikNin oii, lain kali buat kerja tu hati hati laa sikit yer... Lagi satu, kalau dah habis minum tu, terus bawak gelas tu pergi dapur yer, jangan nak buat harta pusaka pulak kat dalam bilik tu... *haha, nasihat diri sendiri untuk kebaikan diri sendiri.

Alhamdulillah, selepas insiden yang berlaku tu, bilik CikNin akhirnyaaaaaaaaaa, telah berubah wajah! Siap jugak ubah kedudukan perabot kat dalam bilik tu. Puas hati walaupun kaki sakit. Hee. *buat muka bangga. *dush! kena penumbuk kat muka! Hehe. Yang paling penting, siap boleh buat lawak cekodok pantun pulak semalam bila Abah tanya kaki CikNin kenapa. Dengan muka yang suci dan tak berdosa, terus CikNin cakap,

Pecah kaca pecah gelas,
Kakiku terkena serpihan gelas!

Haha, mantop tak pantun tu? Hehe. Nilah keuntungan serta kelebihan jadi sebahagian daripada budak budak pantun time sekolah dulu. Huhu. Habis satu family ketawa! Tak pasal pasal. Buat lawak malam malam, bertuah sungguh! =,='

Ohh yeah, by the way, a big thanks to the new Principal of SMK Puteri and all the teachers for the great ceromony! :DD I'm gonna miss every single thing about Puteri! ;'D
Love Puteri from the bottom of my heart! <3 <3 <3 :D

p/s :: mukaddimah punyalah panjang, cerita yang berkaitan dengan tajuk, ciput je.... HEHE. ;)




No comments:

Post a Comment