Friday 16 March 2012

Terengganu.

Assalamualaikum . Okey , CikNin dah balik . Walaupun masih rasa penat , CikNin tak boleh tak update blog ni , sebab sepanjang CikNin kat Terengganu tu , CikNin tak boleh nak online gara gara wifi di hotel tempat CikNin menginap tu , tak berapa okey sangat .

Apa yang best kat Terengganu kali ni ? Bagi CikNin , biasa biasa je . Heh . Entahlah , mood CikNin sepanjang kat sana tak berapa okey sangat . Betul punya mood swing . Sekejap happy , lepas tu moody balik . Apa kena entah . =,=

Tapi , yang best sepanjang kat sana tu , waktu kitorang gi lepak dekat Pantai Batu Burok tu . Kebetulan kat sana ada kereta kuda . So , bolehlah naik kereta kuda yang dihias cantik tu . Ambil angin dekat sekitar pantai tu . Then , ada jugak aktiviti pantai . Senang cerita CikNin panggil 'Motor Pantai' lah ek . Best aktiviti ni . Kita boleh sewa sebuah motor , *nak kata motosikal tak jugak , sebab dia tayar empat . I don't know what did they call it . RM15 untuk 15 minit . Abah sewa sebuah , then anak anak dia ni gilir gilir jadi pembonceng . Hehe . I enjoyed it .

Suka sangat tengok suasana kat sana . Penuh dengan pelancong , ramai orang yang happy . A great moment . :) Ada lagi tempat tempat yang CikNin dan family jejak kat sana tu . 

Hmm , tapi tulah , CikNin sedang mengalami gangguan emosi , mood swing . Jadi , tak dapat nak hayati sangatlah . Ditambah pulak , cincin CikNin hilang ! Pelik betullah , kat manalah cincin tu hilang . Seingat CikNin masa CikNin nak mandi je CikNin tanggalkan cincin tu . Kalau tak , memang sepanjang masa CikNin pakai . Aduilah , apa punya nasiblah . =,= Reda jelah .

Kali ni CikNin tak sempat nak gi lepak rumah Da . Sibuk gi jalan jalan la apa . Tapi tak apa , Da nak balik Kelantan dalam dua tiga hari lagi . Jumpa kat sini terus senang . Lagi boleh jumpa dengan lepak lama lama dengan geng geng yang lain . :)

Actually , CikNin rasa serabut sikit . Fikir macam macam . Nak kata cuak dengan result SPM yang semakin hampir , lagi 5 hari pun iye jugak . Serabut dengan hamba hamba Allah pun , memang ya jugak . Ya Allah , tenangkanlah hati serta fikiranku ini . Jauhkanlah aku daripada gangguan gangguan yang tidak sepatutnya . Amin.

People , tolong jangan ganggu CikNin dengan benda yang bukan bukan , please ? Berikan ruang untukku jalani hidup dengan tenang , boleh ? Jangan buat CikNin jadi fed up dan annoyed dengan korang , boleh ? 

Thanks .

p/s : Totally in distress . Astaghfirullahalazim ...



No comments:

Post a Comment