Friday 30 March 2012

Love Letters...

Bismillahirrahmanirrahim.

CikNin tak tahu kat mana silapnya. Sungguh, tak tahu kenapa CikNin berterusan ingat benda yang sama. Benda yang boleh buat mood CikNin jadi tunggang terbalik! Astaghfirullah...

Ni orang kata dah macam gangguan hormon la ni... Tapi tulaa, gangguan hormon untuk sering mengalirkan air mata! Tapi takdelah sesaja nak keluar air mata ni. Ada sebab lah. Kebelakangan ni selalu je air mata ni keluar. :'( Hmm, teringat benda benda yang lama. Allah, kenapalah CikNin asyik duk ingat benda tu aje? Sebelum ni pun teringat jugak, tapi takdelah emo sampai macam ni. Ingat biasa biasa jelah kan.

CikNin, ke sebab apa yang dia cakap hari tu? Kata kata yang terus sampai ke tangkai hati walaupun dah tepis bagai nak rak. Kenapa kenapa kenapa ?! *sah, boleh putus fius kalau CikNin terus macam ni.

Ya Allah Ya Tuhanku, lapangkanlah dada dan fikiranku ini. Jauhkan diriku daripada bisikan bisikan syaitan serta tenangkanlah jiwa dan hatiku ini... Usirkanlah segala tanda dan perasaan yang tak sewajarnya ni. All I need is Your help, Almighty...

Macam semalam, fikiran CikNin terlintas kat dia tu. Tup tup, beberapa minit lepas tu dia mesej! Waarghh, macam mana tak buat CikNin jadi tunggang terbalik je rasanya ni! Astaghfirullahalazim!

Alhamdulillah, semalam CikNin borong dua buah buku. Suka sangat sebab dapat maklumat macam macam dari buku tu. Sweetlah, sebab buku tu macam faham je jiwa CikNin sekarang ni. Kira macam pemberi semangatlah untuk CikNin. Yang penting I learnt something new and great. :'D

Pasal love letters. Jangan salah faham. Bukan love letters yang seorang kekasih bagi untuk kekasih dia tu. Tak, langsung tak ada kena mengena. It's all about love letters from Allah. Yup, very the nice one. Surah surah dalam Al-Quran tulah sebenarnya love letters. From Him, to us. Tak percaya? Try tengok terjemahan. :D

Dalam buku tu jugak ada cakap, kalau kita sedih ke berduka ke, baca je surah Ad-Dhuha dengan surah Al-Insyirah. Jangan lupa baca sekali dengan terjemahan. Sebab dua surah tu ayat memujuk. Sweet kan Allah? Thank Allah I found that book. Thank Allah for the love letters too. :'D




No comments:

Post a Comment