Thursday 22 March 2012

Terukir di Bintang !

Bismillahirrahmanirrahim ...

Alhamdulillah , first sekali CikNin nak ucap setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan nikmat yang tak terhitung banyaknya buat CikNin dan rakan rakan .
Alhamdulillah , semalam tanggal 21 Mac 2012 , merupakan tarikh keramat buat semua lepasan SPM 2011 . Syukur Alhamdulillah , CikNin dan rakan rakan telah mendapat keputusan yang baik dan cemerlang . Tingkatan 5 Cekal 2011 juga telah berjaya memecahkan rekod sekolah , kerana ramai di antara kami yang berada di kelompok 'Top 10' sekolah . Syukur Alhamdulillah sekali lagi ... :D
CikNin tersangatlah gumbira dan senang hati walaupun pada malam sebelumnya , CikNin sukar nak tidur . Gelabah punya pasal . Sebelum pergi sekolah pun , tak makan . Tak ada selera , main teguk air je .
Muka happy dan bercahaya je budak budak ni semalam . :D Terima kasih sangat sangat buat Abah dan Umi CikNin sebab selama ni support CikNin . Buat ahli keluarga yang lain , my hulubalang , Ahmad Muzakkir yang sentiasa bagi tunjuk ajar dan nasihat . Kepada guru guru yang berbanting tulang mengajar CikNin dan rakan rakan yang lain , sehingga membuahkan hasil yang lumayan . Dan yang CikNin takkan lupa sampai bila bila , sahabat sahabat CikNin . Sahabat 5 Cekal yang selama ni sentiasa ada di sisi CikNin walau susah dan senang . Sentiasa tolong CikNin apa apa yang patut . Korang memang sahabat terbaik ! Tanpa korang semua , CikNin tak mungkin boleh berjaya . Buat korang yang kurang berjaya , pleaseeeeeeeeeeeeee , jangan sedih sedih .... Yakinlah , pasti ada rezeki Allah buat korang kat mana mana . Please , don't easily give up , and most important is , never underestimate yourself .. Guys , nanti kita keluar jalan jalan sama sama ek ? I would love to spend the quality time with you guys !

p/s :: Impian kami terukir di bintang ! Really proud of them .. <3 :D
         Subhanallah , Alhamdulillah , Allahuakhbar !



No comments:

Post a Comment